Thursday, February 2, 2012

ikan tenggiri masak garo rica






ini masakan yang pertama yang saya upload. ikan tenggiri masak garo rica. inspired by kak DJ.

saya masak ikut resepi kak DJ tu...tapi saya olah sikit ikut apa yang ada kat dapur saya. saya cuma masak 2 keping ikan je sebab makan untuk 2 orang sahaja. hehe

sila baca resepi saya kat bawah ni:
  • 2 keping ikan tenggiri (bersihkan pastu perap dengan air asam jawa + garam)
  • bahan A (untuk tumis)
    • buah keras 4 biji (sangan, pastu tumbuk halus)
    • halia 1 cm (tumbuk halus)
    • cili merah hidup (buang bijik pastu blend. note: jangan letak air banyak2 masak blend)
    • bawang merah 4 biji (blend bersama cili merah)
    • bawang putih 4 biji (blend bersama bawang merah n cili)
    • serai sebatang (bersihkan, pastu titik guna lesung)
    • cili giling 2 sudu
  • bahan B 
    • kicap manis
    • air
    • garam secukup rasa
  • bahan C
    • tomato comel
  • cara masak:
    • goreng ikan tenggiri kemudian ketepikan
    • tumis bahan A sampai naik bau dan pecah minyak
    • masukkan ikan dan kacau sampai ikan bersalut dengan bahan tumis tadi
    • kemudian, masukkan air sikit demi sikit
    • masukkan kicap sedikit smpai kaler gravy dia jadi ceklat
    • masak sampai menggelegak dan agak2 ikan dah resap kuah/gravy tu.
    • matikan api.
    • hias ikan tenggiri garo rica anda dengan tomato comel tu.
tadaaa!!! ikan tenggiri anda dah siap :)

selamat makan & have a nice reading :)

tata





No comments:

Post a Comment