Thursday, February 9, 2012

tomyam ayam (with carrot & cabbage)


hai korang... semalam masak tomyam ayam. ini kali ke 3 masak tomyam lepas kawen. hehehe...yg sebelum2 ni buat, hasben kata saya masak tawar, kali ni, saya masak dengan bersungguh2 giler penuh kasih sayang. cewahh!! hehe

and hasilnya two thumbs up dari hasben. kekeke.. (lebih2 pulak saya) hasben tak buat two thumbs up pon. tapi dia kata sedap macam kat restoran. hikhikhik. kembang jap 5 minit. hahaha

ok, tak perlu resepi kot, semua orang tahu masak tomyam cane.

ok

tata.

:)

update: resepi kek karamel


resepi ni sy kopipes dari kakak saya (Fawida Kasim) tau.bukan saya punye resepi tau.kakak saya yang ajar saya buat kek karamel ni. sy pon belum pernah buat sendiri. hari tu pon buat 50% sahaja (tolong kakak buat) hehehe




KEK KARAMEL...(resepi Hasmayani Alim

bahan2...

2 @ 4 sudu besar gula...masak didalam loyang yg hendak digunakan.. jadikan gula hangus.ratakan pd keseluruhan loyang supaya nanti kek tak melekat pada loyang.. ketepikan dan sejukkan

bahagian puding:
1/2 tin susu cair
70 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur sahaja
kacau sebati..kacau dngn perlahan kemudia tapis di atas gula hangus yg disejukkan tadi..
(kalau nak karamelnyer tebal guna 1 tin susu cair + 1 biji telur lagi sekali ngan putih telur)

lapisan kek (A)
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak
pukul telur kuning,air dan minyak hingge kembang..masukkan gula..pukul kembang lgi hingge naik skali gande.masukkan tepung yng dicampur b.powder dan di ayak 3x.. ketepikan

meringue (B)
6 telur putih
70 gm gula castor
1 sudu teh krim tar2
pukul hingge kembang bertanduk dan tak menitis.. (pastikan alatan yg digunakan kering dan bersih)

campurkan A dan B..KACAU DNGN TANGAN..kaedah kaup balik kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian warna yg disukai..
tuang adunan berselang seli ke atas lapisan puding di dalam loyang..
(jangan risau adunan kek tidak akan bercampur dengan lapisan puding)


Masak kaedah double boiler selama 1 jam...suhu 160..
40 minit pertama guna api bawah..selebihnya guna api atas bawah hingga kek masak...apapun bergantung pade suhu kepanasan oven masing2

** saya guna api bawah sahaja selama 1 jam


Tuesday, February 7, 2012

kek karamel

sebenarnye kakak saya yang nak buat kek, jadi saya fikir, saya nak belajar lah. 50% saya yang buat...sekurang2nye ada jugak la sumbangan. hihi

resepinye esok saya akan update. hihi

Friday, February 3, 2012

nasik goreng?



hehe...hari ni bersarapan dengan nasik goreng. tapi tak tahu nama nasik goreng tu. main belasah je..ciptaan aku sendiri. hikhik

resepi nasik goreng ni:

  • tumbuk cili, garam, bawang merah 3 bijik & belacan
  • lobak potong dadu
cara masak senang je:
  • tumis bahan2 yang telah ditumbuk tadi sampai naik bau dan pecah minyak
  • pastu masukkan lobak. masukkan air sikit.
  • tumis lebih kurang lobak tu lembut.
  • masukkan nasi 
  • kacau2 sampai rata.
  • dalam kuali tu, ketepikan sikit nasi & bagi ruang sedikit utk goreng telur.
  • masukkan telur di ruang kosong, kacau2 sampai telur masak.
  • pastu barulah kacau bersama2 dengan nasi.
  • agak2 dah sebati semua, angkat.
tadaa!!! nasik goreng dah siap.. :) hehe

selamat makan & have a nice reading.

tata


ikan kembung masak sos




resepi ni dapat dari buku resepi mane tah. dah x igt. tp masakan ni simple giler kot. hehe...masak kacang buncis & ikan kembung masak sos je...simple dan sedap. :)

resepi ikan kembung masak sos ni:

  • ikan kembung (bersihkan, letak kunyit dan garam, pastu goreng. ketepikan.)
  • bahan tumis
    • bawang merah sebijik (potong dadu kecil2)
    • bawang besar sebijik (potong dadu kecil2)
    • bawang putih (potong dadu kecil2)
  • kicap & sos cili
cara masak:
  • tumiskan bahan2 tumis di atas kuali sampai naik bau.
  • pastu masukkan sos cili dan kacau.
  • pastu masukkan kicap pulak, kacau.
  • campur air sikit.
  • pastu masukkan ikan kembung tadi yang telah di goreng.
  • kacau2 sampai agak2 bahan2 tumis tadi meresap kat ikan.
tadaaaa!!! ikan kembung anda dah siap masak.

resepi ni memang simple giler and comfirm sedap. :D

selamat makan & have a nice reading. 

tata



Thursday, February 2, 2012

ikan tenggiri masak garo rica






ini masakan yang pertama yang saya upload. ikan tenggiri masak garo rica. inspired by kak DJ.

saya masak ikut resepi kak DJ tu...tapi saya olah sikit ikut apa yang ada kat dapur saya. saya cuma masak 2 keping ikan je sebab makan untuk 2 orang sahaja. hehe

sila baca resepi saya kat bawah ni:
  • 2 keping ikan tenggiri (bersihkan pastu perap dengan air asam jawa + garam)
  • bahan A (untuk tumis)
    • buah keras 4 biji (sangan, pastu tumbuk halus)
    • halia 1 cm (tumbuk halus)
    • cili merah hidup (buang bijik pastu blend. note: jangan letak air banyak2 masak blend)
    • bawang merah 4 biji (blend bersama cili merah)
    • bawang putih 4 biji (blend bersama bawang merah n cili)
    • serai sebatang (bersihkan, pastu titik guna lesung)
    • cili giling 2 sudu
  • bahan B 
    • kicap manis
    • air
    • garam secukup rasa
  • bahan C
    • tomato comel
  • cara masak:
    • goreng ikan tenggiri kemudian ketepikan
    • tumis bahan A sampai naik bau dan pecah minyak
    • masukkan ikan dan kacau sampai ikan bersalut dengan bahan tumis tadi
    • kemudian, masukkan air sikit demi sikit
    • masukkan kicap sedikit smpai kaler gravy dia jadi ceklat
    • masak sampai menggelegak dan agak2 ikan dah resap kuah/gravy tu.
    • matikan api.
    • hias ikan tenggiri garo rica anda dengan tomato comel tu.
tadaaa!!! ikan tenggiri anda dah siap :)

selamat makan & have a nice reading :)

tata