Sunday, June 17, 2012

masak lemak labu dan ikan merah masak merah

hi...hari ni hari ahad. aku tak masak breakfast pon. terus masak nasi goreng as a brunch (breakfast + lunch)..hehe..then skrg ni kol 5pm, aku dah siap masak dinner iaitu masak lemak labu, ikan merah masak merah dan telur dadar.

perut aku terus rase lapar.hehehe...taktau la sedap ke x sebab belum makan lagi...tapi semua pon feveret aku.

masak lemak labu tu senang je masak, masuk semua bahan dalam periuk, then rebus sampai masak. pastikan masukkan garam gula secukup rase.hehe..

ikan masak merah tu hasben yang request. goreng ikan dulu, dan ketepikan.kisar tomato, cili kering, cili merah, bawang putih, bawang merah. then tumis semua sampai kering, campurkan air sikit utk bagi sambal tu berkuah, then masukkan bawang hiris & tomato. bile kuah dah siap, tuang je atas ikan yang dah digoreng tadi. dah siap pon. hehe...

selamat makan!

Thursday, June 7, 2012

spaghetti carbonara with mushroom and prawns



spaghetti carbonara ni memang favorite aku. 1st time masak sendiri ni. hehe...and yang bestnye...memang sedap! nyum! nyum! hehe.. resepi ni diinspirasikan oleh dapur malaysia.


resipinye:
spaghetti (ikut saiz berape orang makan) 
thickening creme (100g)
susu full creme (2 cawan kopi)
parmeesan cheese (setengah cawan kopi)
sesudu kecik serbuk black paper
cendawan butang (hiris nipis)
bawang putih 3 bijik (cincang halus)
bawang merah kecik 1 bijik (cincang halus)
telur ayam 2 bijik
sesudu kecik garam
sayur broccoli sikit.
udang beberapa ekor ikut suka. :)


cara masak:

  1. campurkan susu, parmeesan cheese, garam, serbuk black paper dan telur kedalam satu mangkuk. kemudian campurkan sampai sebati. biarkan sekejap.
  2. panaskan air sampai menggelegak (campurkan sedikit garam), then masukkan spaghetti. masak sampai lembut. boleh rebus broccoli sekali dalam tu. tapi bile broccoli lebih kurang dah masak, keluarkan broccoli sahaja. asingkan daripada spaghetti yang tengah direbus.
  3. tumis bawang putih & bawang merah ke dalam kuali.
  4. masukkan udang & cendawan butang. tumis sampai masak.
  5. then masukkan spaghetti yang telah ditoskan ke dalam kuali. kacau2 supaya sebati dengan udang dan cendawan. letak api paling kecik.
  6. then campurkan campuran dalam langkah 1 ke dalam kuali. pastikan api paling kecik di pasang. kacau2 sekejap sampai kuah agak pekat sedikit.
  7. then siap!
selamat menjamu selera! :D